SAMPLE GLOSSARY OF ARABIC LANGUAGE AND LINGUISTICS - GLASTICS)

5 terms

This glossary includes 8 main topics of Arabic Linguistics (The development of Arabic Language, Language, Linguistics, Phonetics, Morphology, Syntax, Semantics & Applied linguistics)

اللغة البدائية (Proto Language)
Kata nama (Frasa Adjektif)
Al lughah al bida’iyyah bermaksud Bahasa proto atau Bahasa purba yang diandaikan sebagai perintis atau asal kepada satu2 bahasa yang terdapat dalam rumpun Bahasa tertentu. Lazimnya Bahasa purba ini tidak dpaat diketahui secara lansung dan hanya boleh diteliliti dengan membandingkan ciri ciri dari rumpun bahasanya. Bahasa proto ini tidak ada dalam bentuk bertulis dan tidak digunakan lagi pada zaman moden ini Contoh Bahasa purba Melayu
Example: من الأدلة للغة العربية البدائية وجود أسماء عربية في الكتابة النبطية بدايةً من القرن الثاني قبل الميلاد، ثم تأثير عربي على اللغة النبطية * النَبَطية هي لغة سامية عربية تتبع لهجة من لهجات اللغة العربية الشمالية القديمة وكان شعب الأنباط يتكلمها (الأنباط =قبيلة عربية كانت تقطن في شمال الحجاز والشام)
en: Bahasa Purba (Malay) Proto Language (English)
اللغة العربية (Arabic Language)
kata nama (اسم)
merupakan sebuah bahasa terbesar dari segi jumlah penutur dalam keluarga bahasa Semitik. Bahasa ini muncul dari daerah yang sekarang termasuk wilayah negara Arab Saudi. Bahasa ini berkait rapat dengan bahasa Ibrani dan bahasa Aramia. Bahasa Arab Moden telah dikelaskan sebagai satu makrobahasa dengan 27 sub-bahasa dalam ISO 639-3. Bahasa-bahasa ini dituturkan di seluruh Dunia Arab, manakala Bahasa Arab Piawai diketahui di seluruh Dunia Islam.
Example: ar : اللُّغَة العَرَبِيّة هي أكثرُ اللغاتِ السامية تحدثاً. ms: Bahasa Arab merupakan sebuah bahasa terbesar dari segi jumlah penutur dalam keluarga bahasa Semitik.
en: Arabic Language (English) Bahasa Arab (Malay)
اللغة المنطوقة (Spoken Language)
Kata nama (Frasa sifat)
Al lughah al mantuuqah bermaksud bahasa pertuturan/percakapan yang mempunyai lafaz/ kata kata dan bunyi yang mempunyai makna. Bahasa pertuturan sering dibezakan dengan Bahasa penulisan atau disebut اللغة المكتوبة. Bahasa pertuturan mempunyai ciri yang berbeza dengan Bahasa penulisan kerana ia mengandungi unsur unsur seperti sebutan, tekanan, intonasi dll. Bahasa pertuturan dianggap bahasa asal manusia. Sesetengah masyarakat dikatakan hanya mempunyai Bahasa pertuturan dan tidak mempunyai bahasa penulisan
Example: اللغة المنطُوقة هي الشكل الأصلي للغة الإنسان وتعتبر أحد أهم وسائل التواصل في مجتمعاتنا المعاصرة
en: Bahasa Pertuturan (Malay) Spoken Language (English)
اللغويات (Linguistics)
Kata nama (اسم)
Lughawiyyaat merupakan sinonim kepada perkataan لسانيات yang membawa maksud linguistik. Dalam bidang linguistik Arab, penggunaan perkataan Al-Lughawiyyaat adalah setara dengan perkataan Lisaniyyaat . Misalnya penggunaan perkataan Allughawiyyat attatbiiqiyyah sama maksudnya dengan Al-Lisaaniyyaat attabiiqiyyah (Linguistik Gunaan/Applied Linguistics). Begitu juga Allughawiyyat annafsiyyah sama maksudnya dengan Al-Lisaaniyyaat annafsiyyah (Psikolinguistik)
Example: اللغويات هي الدراسة العلمية للغة. إنها تنطوي على شكل اللغة ، ومعنى اللغة كما أنها تستكشف أيضًا العديد من الظواهر ذات الصلة باللغة ، مثل اختلاف اللغة ، واكتساب اللغة ، وتغيير اللغة مع مرور الوقت ، وتخزين اللغة والعملية في الدماغ البشري وغير ذلك
en: Linguistik (Malay) Linguistics (English)
المنهجية (Systematic)
Kata nama (اسم)
Al-manhajiyyah atau sistematik merupakan salah satu prinsip dalam kajian linguistik yang bersifat saintifik. Ia bermaksud kajian yang dijalankan perlu mempunyai kaedah/sistem atau metodologi yang betul serta bersesuaian mengikut objektif yang ditentukan. Terdapat kepelbagaian kaedah yang boleh digunakan dalam kajian linguistik seperti kaedah deskriptif, kaedah sejarah, kaedah eksperimen dan lain lain.
Example: منهجية الدراسة تعني الاستراتيجية المُتَّبعة عند إجراء البحث وعلى الباحث أن يختار أنسب الطرق التي تعينه على تنفيذ البحث، كما انها تعتبر كخطوات مدروسة بعناية؛ للوصول إلى الحقائق المرتبطة بموضوع البحث.
en: Sistematik (Malay) Systematic (English)